Cerpen : PARAH


Bicara soal kehidupan sudah menjadi lumrah umat manusia sebagai perantau didunia.Namun pada hakikatnya setiap mereka diuji dengan pelbagai cara dan halangan.Sebagai hamba Allah kita tidak lepas dari persoalan kehidupan yang sangat menyakitkan.

   Ujian dan Halangan merupakan satu kepastian yang akan dilalui oleh setiap mahluk yang bernyawa.Kesudahnnya,masalah cinta juga sering dikaitkan yang akan mempengaruhi cara kehidupan.Fitrah manusia yang mempunyai naluri kecintaan itu biasa.

    Maka bermulalah kisah antara  Adam Firdaus dan Erra Husna.Pertemuan Mereka merupakan sebuah takdir yang sangat unik dan pelik.Disitu mereka mula kenal dari sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.

   Sesuai dengan Qada dan Qadar,mereka sangat bahgia.Sehinggakan kebahgiaan mereka sangat dicemburui.Namun oleh kerana ikatan cinta antara mereka sangat kuat mereka tempuhi dengan sabar.Kerana pada mereka setiap yang mereka lalui adalah ujian daripada Allah.

   Setelah beberapa bulan perkenalan mereka.mereka semakin akrab dalam perhubungan.Setiap masalah menimpa mereka akan cari jalan keluar.

   Pada waktu petang mereka pergi ke pantai untuk berkelah.Dalam suasana yang dingin ditemani deruan ombak yang saling bersahutan mereka berkongsi kisah hidup masing-masing.

     sayang boleh tak sayang janji kat biy yang sayang takkan tinggalkan biy walauapapun yang terjadi.Sebab biy dah mula mencintai sayang. 'Kata Firdaus kepada Erra.

      Ehem...insha allah jika ditakdirkan kita untuk bersama akan ada jalan untuk kita merasa bahagia. 'Kata Erra kepada Firdaus

     suasana yang riang sepi seketika."hmm sayang kenapa ni?kata Firdaus. Biy kalau suatu hari nantikan sayang terpaksa tinggalkan biy ... biy sedih tak.kata Erra dengan nada yang sedih.

     laa kenapa fikir sampai macam tu.kan kita dah janji yang kita akan bersama walauapapun yang terjadi.Kata Firdaus sambil mengusap rambut kekasihnya itu.

      Biy.. boleh tak sayang nak tanya something.? 'kata Erra.Firdaus membalas dengan senyuman manis seraya berkata,boleh.sayang nak tanya apa?

      Dalam hidup biy... biy nak apa sebenarnya? Kata Erra dengan nada yang sedikit serius.Hmm biy nak kebahagiaan.kalau boleh biy nak buat semua orang kat bumi ini gembira.walaupun biy selalu disakiti oleh masyarakat sekeliling,keluarga dan kawan-kawan dan apa yang paling menyedihkan bila orang yang biy sayang biy percaya sakitkan hati biy dan tinggalkan biy saat biy mula mencintai .hmm

   Alaa.. jangan sedih sayang kan ada kat
sisi biy.sayang janji sayang akan sentiasa bersama dengan biy.kata Erra dengan membalas senyuman manis.

  setelah beberapa bulan kemudian mereka pun jarang berjumpa atas urusan dan tugas masing-masing.

    Di telefon Firdaus cuba menghubungi Erra beberapa kali namun gagal.Hatinya mula gelisah tetapi dia cuba tenangkan diri.
Tidak lama selepas itu Firdaus pun menerima sms dari kekasihnya itu. Dia pun membuka peti masuk tersebut tetapi malangnya.......

     "Biy maafkan sayang. sebab melukakan hati biy.sayang tau bila biy baca ni biy akan sedih dan tak boleh terima hakikat.sayang nak ajak biy putus sebab sayang dah ada orang lain .sayang harap biy maafkan sayang"


     Firdaus pun rebah kebumi dengan hati yang sangat hancur. Dia menangis sekuat hatinya atas berita yang sangat menyedihkan itu...

  ps*: Hargailah mereka yang menyanyangimu kerana suatu hari nanti kau takkan jumpa lagi sepertinya.Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.Janganlah mengukir janji jika kau tak mampu nak tepati
jangan jadikan seseorang itu pelepas kesepian tetapi hargailah mereka sebagai insan yang akan membawamu kesyurga.Berhentilah mencari yang sempurna kerana kita sendiri mempunyai kekurangan.Kehadiran cinta yang akan melengkapi kekurangan itu....


     salam cinta dari insan yang tulus
mencintaimu semoga bahagia dengan insan
yang kau cinta


    PENULIS:
     firdausz

 (adaptasi dari kisah benar)

Comments

Popular posts from this blog

FAHAMI ISI HATI LELAKI